Radio RTM (KL)

[

Radio Interaktif Kota

]

Deejay KLfm akan menentang asrtis untuk perlawanan Futsal selebriti Figos yang akan berlangsung di Sport Planet, Ampang pada 28 Januari ini! Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Karyawan dan Figos, pengeluar barangan sukan yang semakin mendapat tempat di Malaysia manakala KLfm bertindak sebagai radio rasmi serta kerjasama DAPAT Vista dan Milo. Majlis sidang akhbar berlangsung 16 Januari 2007 di pejabat Persatuian Karyawan, Petaling jaya yang turut dihadiri wakil-wakil penaja, deejay dan artis yang akan menjayakan pertandingan itu nan... See more

Kuala Lumpur FM|97.2
+603-22825445
Tingkat 1, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
last update
[2023-02-06 09:03:40]
Deejay KLfm akan menentang asrtis untuk perlawanan Futsal selebriti Figos yang akan berlangsung di Sport Planet, Ampang pada 28 Januari ini! Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Karyawan dan Figos, pengeluar barangan sukan yang semakin mendapat tempat di Malaysia manakala KLfm bertindak sebagai radio rasmi serta kerjasama DAPAT Vista dan Milo.

Majlis sidang akhbar berlangsung 16 Januari 2007 di pejabat Persatuian Karyawan, Petaling jaya yang turut dihadiri wakil-wakil penaja, deejay dan artis yang akan menjayakan pertandingan itu nanti. KLfm akan menghantar 2 pasukan ( deejay lelaki dan wanita ).

Hadir pada majlis tersebut, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez; Ketua Bahagian Rancangan KLfm, Rida Suzirawati Muda; Timbalan Presiden DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, Azli Paat; Pengarah Urusan Figos Sdn Bhd, Tang Kok Wai dan Focus Arena Sports & Events, Nik Muhd Radzi.

Menurut Freddie pertandingan futsal selebriti itu lebih bermakna kerana hasil kutipan pertandingan akan disalurkan khusus kepada mangsa banjir.

“Pada mulanya pertandingan ini dianjurkan bagi menambah dana tabung skim pencen artis veteran Karyawan namun akhirnya kami sebulat suara memutuskan untuk menyalurkan semua kutipan kepada mangsa banjir berkenaan.

“Pihak kami juga menyediakan tabung bantuan banjir Johor pada hari pertandingan ini nanti bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan ikhklas mereka,” katanya.

Pertandingan futsal selebriti ini akan berlangsung pada 28 Januari di Sports Planet, Ampang, Kuala Lumpur dengan kerjasama Sahabat Karyawan dan KLfm.

Barisan artis popular yang akan beraksi sempena pertandingan ini seperti Mawi, Zahid, Haziq, Faizal, Marsha, Farahdiya, Amylea, Hattan, Nash, Yantzen, Felix dan deejay KLfm dan ramai lagi.

Untuk anda yang berminat untuk turut serta, pertandingan ini terbuka kepada orang ramai yang berminat dalam permainan futsal dan terbahagi kepada dua kategori lelaki dan wanita.

Yuran penyertaan sebanyak RM200 (terbuka lelaki) dan RM160 untuk (terbuka wanita).
© LogFM.com, 2009-2024 (2024-08-12,08:02:47)
Радио отдых